Sunday, 21 April 2013

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 2 Nombor Bulat hingga 1000.

KSSR adalah satu kurikulum yang baru bagi kita semua.  Diharapkan ada contoh-contoh RPH akan membantu sesama kita di dalam PnP nanti.


2 Seroja
11.50 – 12.50 p.m.
Matematik





Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Nombor  Bulat Hingga 1 000
Standard
Kandungan : Murid dibimbing untuk :
                    1.2   Menulis  nombor.
Standard
Pembelajaran : Murid berupaya untuk :
                        (i)  Menulis sebarang nombor hingga 1 000 apabila
                             diberi nombor itu dalam perkataan.
Aktiviti :
Fasa Persediaan :
 a) Murid memerhati blok asas yang ditunjukkan.
 b)Murid menmenentukan nilai yang diberi dalam :
     i) nombor              (ii) perkataan
 c)Ulangi aktiviti a dan b dengan nilai tiga digit yang lain.     
 Fasa Imaginasi :
a) Permainan kotak beracun. ( Kotak mengandungi beberapa set  
     nombor satu digit.    
b)Dua atau tiga murid diminta keluar ke hadapan secara serentak
    dan mencabut sekeping nombor bagi setiap orang.
c)Murid menampal nombor-nombor berkenaan di papan putih.
d)Murid menulis dalam perkataan nombor-nombor yang dibina tadi. 
Fasa Perkembangan :
a)Murid ditunjukkan beberapa keping kad gambar.
b)Murid diminta menulis nombor dan perkataan berdasarkan
    gambar yang diber.
Fasa Tindakan :
a)Murid membuat kerja bertulis dalam lembaran kerja.
b)Bincang hasil kerja dengan murid.
Nilai dan Sikap :  Kerjasama            EMK : Kreativiti
                                    

No comments:

Post a Comment